Apa Yang Anda Nak Tahu Tetang Kursus Kahwin?

Setiap hari kami menerima banyak pertanyaan dari bakal peserta dan bakal pengantin tentang kursus kahwin.

Ramai yang nak tahu tentang:

+ Bila tarikh terdekat kursus kahwin dianjurkan?

+ Di mana?

+ Berapa yurannya?

+ Ada ujian tak?

+ Berapa lama kena ikuti kursus kahwin?

+ Bila boleh dapat sijil kursus kahwin?

+ Boleh tak nak ikuti kursus kahwin kalau masih belum nak kahwin?

Dan bermacam-macam lagi soalan-soalan yang diterima.

 

Bagi memudahkan anda, pihak kami telah sediakan slide sebagai ringkasan maklumat tetang kursus ini.

Jom tengok. 🙂

 

Booking semudah telefon @ SMS 013 4133343

Affendi
011 12176784

Follow kami >>>

Laman web: www.KursusKahwin.Net
Blog: www.kursuskahwin.net/blog
Facebook: www.Facebook.com/KursusKahwin.Net
Twitter: www.Twitter.com/KursusKahwinNet
Youtube: www.youtube.com/user/kursuskahwinnet
Instagram: www.Instagram.com/KursusKahwinNet
Slide: www.slideshare.net/affendikursuskahwindotnet

Kursus Kahwin Tamat Pada Tengahari Ahad?

Peserta kursus kahwin

Mari kami terangkan hal ini kerana ada sesetengah orang yang menganggap – kursus kahwin yang tamat pada awal pada hari Ahad tidak berkualiti kerana nak cepat habis.

Sebenarnya, buat pengetahuan anda, modul-modul kursus kahwin ditetapkan oleh pihak JAWI dan bukannya di buat sendiri oleh pihak penganjur.

Setiap peserta diwajibkan mengikuti dan menghadiri 6 modul kursus kahwin dengan jangkamasa 2 jam setiap modul. Jadi jumlah jam yang perlu diikuti adalah 12 jam.

 

Bagaimana Kami Susun Modul Kursus?

Bagi pihak kami, memandangkan para peserta pasti mempunyai perkara-perkara lain yang perlu diselesaikan, kami menyusun modul-modul kursus kahwin ini sebegini:

+ Hari Sabtu – 4 modul (9.20 pagi – 6.30 petang)

+ Hari Ahad – 2 modul (9 pagi – 1.30 tenghari)

 

Di Wilayah Persekutuan – lain penganjur, lain pula cara penganjur-penganjur menyusun jadual modul.

Ada yang bermula tengahari Sabtu dan berakhir pada petang Ahad (6.30 petang).

Ada yang menyusun 3 modul pada hari Sabtu dan 3 modul pada hari Ahad.

Tetapi semuanya mestilah berjumlah 12 jam.

 

Bagaimana Dengan Penceramah-Penceramah?

Pihak penganjur juga tidak boleh mengambil penceramah-penceramah selain dari penceramah yang bertauliah oleh pihak JAWI.

Dan nama penceramah-penceramah setiap modul mesti dilampirkan bersama sewaktu kami menghantar laporan atau senarai peserta-peserta kepada JAWI untuk pengeluaran sijil.

Sijil kursus kahwin dikeluarkan oleh pihak JAWI sendiri.

Ianya menjadi satu kesalahan dan pihak JAWI tidak akan keluarkan sijil jika pihak penganjur mengambil penceramah yang tidak ditauliah JAWI.

 

Pihak kami sedaya-upaya akan membantu anda untuk menyediakan kursus kahwin yang penuh berkualiti, penuh dengan ilmu, penuh dengan cerita-cerita tauladan rumah tangga serta hukum-hukum perkahwinan.

 

Terima kasih 🙂

Affendi
011 12176784

Follow kami >>>

Laman web: www.KursusKahwin.Net
Facebook: www.Facebook.com/KursusKahwin.Net
Twitter: www.Twitter.com/KursusKahwinNet
Youtube: http://www.youtube.com/user/kursuskahwinnet
Instagram: www.Instagram.com/KursusKahwinNet
Slide: http://www.slideshare.net/affendikursuskahwindotnet