Peserta kursus kahwin

Mari kami terangkan hal ini kerana ada sesetengah orang yang menganggap – kursus kahwin yang tamat pada awal pada hari Ahad tidak berkualiti kerana nak cepat habis.

Sebenarnya, buat pengetahuan anda, modul-modul kursus kahwin ditetapkan oleh pihak JAWI dan bukannya di buat sendiri oleh pihak penganjur.

Setiap peserta diwajibkan mengikuti dan menghadiri 6 modul kursus kahwin dengan jangkamasa 2 jam setiap modul. Jadi jumlah jam yang perlu diikuti adalah 12 jam.

 

Bagaimana Kami Susun Modul Kursus?

Bagi pihak kami, memandangkan para peserta pasti mempunyai perkara-perkara lain yang perlu diselesaikan, kami menyusun modul-modul kursus kahwin ini sebegini:

+ Hari Sabtu – 4 modul (9.20 pagi – 6.30 petang)

+ Hari Ahad – 2 modul (9 pagi – 1.30 tenghari)

 

Di Wilayah Persekutuan – lain penganjur, lain pula cara penganjur-penganjur menyusun jadual modul.

Ada yang bermula tengahari Sabtu dan berakhir pada petang Ahad (6.30 petang).

Ada yang menyusun 3 modul pada hari Sabtu dan 3 modul pada hari Ahad.

Tetapi semuanya mestilah berjumlah 12 jam.

 

Bagaimana Dengan Penceramah-Penceramah?

Pihak penganjur juga tidak boleh mengambil penceramah-penceramah selain dari penceramah yang bertauliah oleh pihak JAWI.

Dan nama penceramah-penceramah setiap modul mesti dilampirkan bersama sewaktu kami menghantar laporan atau senarai peserta-peserta kepada JAWI untuk pengeluaran sijil.

Sijil kursus kahwin dikeluarkan oleh pihak JAWI sendiri.

Ianya menjadi satu kesalahan dan pihak JAWI tidak akan keluarkan sijil jika pihak penganjur mengambil penceramah yang tidak ditauliah JAWI.

 

Pihak kami sedaya-upaya akan membantu anda untuk menyediakan kursus kahwin yang penuh berkualiti, penuh dengan ilmu, penuh dengan cerita-cerita tauladan rumah tangga serta hukum-hukum perkahwinan.

 

Terima kasih 🙂

Affendi
011 12176784

Follow kami >>>

Laman web: www.KursusKahwin.Net
Facebook: www.Facebook.com/KursusKahwin.Net
Twitter: www.Twitter.com/KursusKahwinNet
Youtube: http://www.youtube.com/user/kursuskahwinnet
Instagram: www.Instagram.com/KursusKahwinNet
Slide: http://www.slideshare.net/affendikursuskahwindotnet

Shares