Syarat Untuk Layak Mendapat Sijil Kursus Kahwin

Pada waktu PKPP, para peserta kursus kahwin diwajibkan menghadiri dan mengikuti 10 modul atau topik kursus kahwin, selama 6 jam sahaja (berbanding dengan 13 jam pada waktu bukan PKPP).

Sepanjang kursus kahwin berlangsung, anda dikehendaki:

1. Menandatangani kehadiran pada setiap 10 modul kursus kahwin yang telah ditetapkan.

2. Menepati jadual atau masa kursus kahwin yang ditetapkan.

3. Anda TAK PERLU lulus ujian (kerana tiada ujian sepanjang kursus kahwin berlangsung).