Ramai bakal pengantin bertanya – “bilakah masa yang sesuai untuk sertai kursus kahwin?” Nasihat kami..

“Lebih Baik Anda Masuk Kursus Kahwin Ini Sewaktu Anda Masih Belum Sibuk Nak Lengkapkan Borang Serta Dokumen Permohonan Kebenaran Nikah Anda - Dan Sewaktu Masih Belum Ada Ujian“

(Kursus Kahwin Danau Kota di dalam majalah Inspirasi Perkahwinan Feb 2015)

Berita baik untuk anda – para peserta MASIH BELUM dikehendaki menjalani ujian tahap kefahaman pengetahuan Agama Islam di awal dan di akhir kursus – walaupun pihak berkuasa telah menyatakannya sebelum ini.

Sumber: Utusan Online 14 Feb 2013

Dari Meja: Admin KursusKahwin.net (013 4133343)

PER: Jangan Biarkan Rasa Riang, Gembira Dan Bahagia Anda TERJEJAS Disebabkan Masalah Dokumen Nak Memohon Kebanaran Nikah Drai PAID Atau Jabatan Agama Islam

 Cik/Tuan yang saya hormati,

Setelah saya menguruskan Kursus Kahwin atau Kursus Perkahwinan sejak lebih 7 tahun yang lalu di mana saya telah membantu lebih dari 20,000 orang bakal pengantin, saya amat memahami apa yang bermain-main di minda bakal pengantin dan apakah kesusahan yang bakal dilalui mereka.

Saya telah lihat begitu ramai antara mereka yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan berasa tertekan, risau atau bingung kerana tidak tahu perkara apakah yang mereka perlu lakukan terlebih dahulu untuk memudahkan urusan perkahwinan mereka ini.

Keadaan bertambah buruk bila bakal pengantin ini mengambil sikap sambil lewa, suka bertangguh, buat persediaan “last minit” atau menganggap perkara ini perkara yang remeh sahaja.

Disebabkan inilah, saya terpanggil untuk menghulurkan bantuan untuk meringankan beban masalah persediaan perkahwinan ini sekadar yang termampu melalui penganjuran kursus kahwin dan beberapa panduan terutama tentang – proses melengkap dokumen-dokumen dan proses memohon kebenaran nikah dari Imam Jurunikah kariah (atau Penolong Pendaftar Nikah kariah), PAID dan Jabatan Agama Islam.

Buat pengetahuan anda, selain dari wang, MASALAH UTAMA bakal pengantin membuat persediaan majlis perkahwinan adalah untuk melengkapkan borang serta dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk kebenaran berkahwin.

Tahukah anda yang dengan memulakan langkah anda dengan sertai kursus kahwin – anda telah pun bermula dengan cara yang pantas untuk mendapat kebenaran nikah anda!

Dan tahukah anda apa KELEBIHAN-KELEBIHAN yang anda bakal perolehi apabila anda join Kursus Kahwin Danau Kota?

1.Pusat Kursus Kahwin kami terletak di tempat yang strategik di Uptown Danau Kota, mudah dikunjungi, senang nak dicari, mudah nampak dan banyak kemudahannya disekelilingnya seperti stesen Shell, stesen Petronas, ATM Maybank, ATM CIMB, car wash, kedai serbeneka Speedmart, kedai makan, kedai mamak, bengkel kereta dan berbagai-bagai lagi.

Petronas
ATM
ATM
Shell
Speedmart
Speedmart
Car Wash

2. Sijil kursus kahwin yang anda perlukan untuk memohon kebenaran nikah tersedia untuk anda selepas 3 hari bekerja sahaja (anda boleh datang ambil sendiri, wakil tolong ambil ataupun gunakan khidmat courier yang kami sediakan).

sijil kursus kahwin

3. Anda akan mendapat Sijil Kursus Kahwin yang diiktiraf oleh pihak JAWI dan pihak JAKIM.

4. Sijil Kursus Kahwin ini boleh digunakan untuk memohon kebenaran nikah anda di mana-mana negeri di seluruh Malaysia (SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana PAID di seluruh Malaysia).

5. Sijil Kursus Kahwin ini TIADA EXPIRY DATE. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang tarikh luput Sijil Kursus Kahwin. Ini bermakna anda juga boleh sertai kursus kahwin ini walaupun anda masih bujang, solo atau masih belum tarikh tarikh nikah.

6. Penceramah kami penceramah yang BERTAULIAH dari JAWI atau JAKIM yang akan bantu anda dalam memberikan panduan, tunjuk ajar dan penerangan – bagaimana anda boleh melengkapkan permohonan kebenaran nikah anda dan pasangan. Jadi, usah risau-risau atau pening kepala dalam proses melengkapkan permohonan kebenaran nikah anda.

kursus kahwin setapak

7. Amat mudah mendapatkan pengangkutan awam seperti bas dan taxi jika anda malas nak memandu.

8. Ruang tempat kursus perkahwinan yang luas, selesa, pencahayaan yang baik, audio visual yang baik, nyaman serta berhawa dingin. Seat disediakan dengan penjarakan 1 meter untuk mematuhi SOP MKN, KKM dan JAWI.

kursus kahwin kl

9. Ada 3 kali makan-makan sepanjang waktu kursus kahwin berlangsung. 

kursus kahwin Danau Kota

10. Ruang rehat para peserta yang luas, santai dan relax di lobi kami yang luas.

11. Ruang parking yang luas di sekeliling di pusat kursus kahwin Danau Kota kami ini.

11. Ruang parking yang luas di sekeliling di pusat kursus kahwin Danau Kota kami ini.

kursus kahwin Kuala Lumpur

Bilakah Anda Boleh Ikuti Kursus Kahwin di Pusat Kursus Kahwin Danau Kota Kami ini?

Anda boleh sertai kursus kahwin di Kursus Kahwin Danau Kota ini pada setiap hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad).

Nota – pada waktu PKP/PKPB/PKPP, kursus kahwin hari bekerja (Rabu dan Khamis) masih belum dibenarkan.

Sila lihat jadual penuh kami ini:

Waktu Dan Tarikh Kursus Kahwin 2021

Jadual Hujung Minggu - Setiap Sabtu & Ahad (Setiap Minggu, Setiap Bulan)

Jadual Bulan Mei 2021

Jadual Bulan Jun 2021

Jadual Bulan Julai 2021

Nota: Selalunya tempat duduk cepat penuh.

Oleh itu, nasihat kami – ‘buat booking lebih awal’.

 

Waktu kursus:

Sabtu & Ahad (1 hari setengah sahaja):

Hari 1 (Sabtu)

8.00 – 8.50 pagi – check in melalui apps MySejahtera, ambil file dan buku, dan sarapan (sarapan disediakan)

9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 6.30 petang (rehat 1-2 tengahari, makan tengahari disediakan)

__________________

Hari 2 (Ahad)

8.30 pagi – kursus kahwin bermula (makan pagi 10-10.30 pagi)

 2 petang – kursus kahwin tamat.

Kursus Kahwin Hari Bekerja (Rabu & Khamis) belum dibenarkan oleh JAWI

Kami akan maklumkan anda sekiranya ada perubahan dan ada makluman dari JAWI nanti tentang kursus kahwin hari bekerja nanti.

Di Mana Lokasi Penganjuran Kursus Kahwin Danau Kota?

Kursus kahwin Danau Kota terletak hanya 2-3 minit sahaja jaraknya dari Shopping Kompleks Setapak Sentral (dulu dipanggil KL Festival City).

Ianya terletak betul-betul di tapak Uptown Danau Kota dan dewan ceramah berada di tingkat 1 Bangunan Medan Selera Danau Kota.

Ianya juga bersebelahan dengan Shell dan Petronas Danau Kota. Dari Shell, anda akan nampak banner kursus kahwin Danau Kota berwarna merah. Mudah nampak dan senang dicari.

Lokasinya boleh dicari dengan mudah di Google Maps dan WAZE dengan hanya menaip “Kursus Kahwin Danau Kota”.

Alamat penuh:

Pusat Kursus Kahwin Danau Kota www.KursusKahwin.net
33-1 Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur 
Kordinat GPS: 3°12’35” N 101°43’9″ E

Peta lokasi Pusat Kursus Kahwin Danau Kota

Bangunan Medan Selera Danau Kota dan banner merah kami
Tangga untuk naik ke tingkat 1 ke Pusat Kursus Kahwin Danau Kota kami
Hanya di tepi bangunan Stesen Shell Danau Kota
Pintu depan atau pintu masuk ke Pusat Kursus Kahwin kami

Apa Kata Bekas Peserta-Peserta Kursus Perkahwinan Kami Yang Terdahulu?

kursus pra perkahwinan
kursus kahwin kuala lumpur
kursus kahwin waktu pkp
kursus perkahwinan

Kini, Sudah Ramai Pasangan Dah Ada Sijil Kursus Kahwin Di Tangan Awal-Awal

“Anda Dan Pasangan – Bila Lagi?”

FAQ

Saudara dan saudari,

Untuk segera lulus dan mendapat kebenaran nikah, anda perlu memahami “cara memohon kebenaran nikah” (prosedur perkahwinan) dan mesti ada semua dokumen wajib yang diperlukan termasuk “sijil kursus kahwin”.

Memahami cara memohon kebenaran nikah (prosedur perkahwinan) memang sangat penting kerana ianya akan memudahkan semua usaha anda dapat kelulusan berkahwin – terutama kalau anda sudah tetapkan hari akad nikah.

Cara nak memohon kebenaran nikah akan diterangkan dengan panjang lebar dalam kursus kahwin nanti.

Manakala tentang sijil kursus kahwin pula:

A1. Setelah tamat kursus kahwin, JAWI akan keluarkan sijil kursus kahwin selepas 3 hari bekerj

(biasanya tengahari Rabu kalau tiada apa-apa halangan). Admin dan Team Support Kursus Kahwin Danau Kota akan maklumkan setiap peserta apabila sijil telah siap berada di ofis kami.)

A2. Apabila sijil kursus kahwin telah dikeluarkan oleh JAWI dan selepas ianya dimaklumkan kepada para peserta, anda boleh:

a. Datang ambil sendiri. Atau

b. Boleh hantar wakil tolong ambilkan. Atau

c. Gunakan khidmat courier yang pihak Admin sediakan

Nota – proses pengambilan sijil juga akan dimakumkan dalam taklimat sewaktu kursus kahwin berlangsung.

A3. Mengikut undang-undang, setiap penganjur kursus pra perkahwinan di W.Persekutuan MESTI ada permit penganjuran.

Tanpa permit, ianya bersalahan dengan undang-undang dan pihak JAWI tidak akan keluarkan sijil kursus kahwin kepada penganjur yang tidak iktiraf.

Untuk kursus kahwin Danau Kota – permit dan nombor syarikat dipaparkan di bahagian paling bawah laman web ini, www.kursuskahwin.net

Anda boleh rujuk nama syarikat penganjur ini pada laman web JAWI untuk pengesahan.

A4. Sekiranya anda perlukan lain-lain maklumat (yang tidak tertera pada laman web ini), anda boleh hubungi atau Whastapp Hotline Kursus Kahwin Danau Kota:

Hotline kursus kahwin Danau Kota – 013 4133343

Shares

Booking semudah WHATSAPP. Boleh BOOKING DULU; BAYAR YURAN WAKTU HADIR kursus kahwin nanti.

X