Yuran kursus kahwin face to face/bersemuka yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.
Yuran adalah “ALL IN” yang mana ianya sudah termasuk – 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, sijil kursus kahwin, serta 7 orang penceramah yang bertauliah dan berpengalaman untuk membantu anda sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah atau kemusykilan.
Kami dilarang oleh JAWI untuk mengenakan apa-apa caj tambahan atau caj tersembunyi.
Dengan kata lain, ‘tiada caj tambahan atau tiada caj tersembunyi’.