Utama

Ramai bakal pengantin bertanya – “bilakah masa yang sesuai untuk sertai kursus kahwin?” Nasihat kami..

“Lebih Baik Anda Masuk Kursus Kahwin Ini Sewaktu Anda Masih Belum Sibuk Nak Lengkapkan Borang Serta Dokumen Permohonan Kebenaran Nikah Anda - Dan Sewaktu Masih Belum Ada Ujian“

(Kursus Kahwin Danau Kota di dalam majalah Inspirasi Perkahwinan Feb 2015)

Berita baik untuk anda – para peserta MASIH BELUM dikehendaki menjalani ujian tahap kefahaman pengetahuan Agama Islam di awal dan di akhir kursus – walaupun pihak berkuasa telah menyatakannya sebelum ini.

Sumber: Utusan Online 14 Feb 2013

Dari Meja: Admin KursusKahwin.net (013 4133343)

PER: Jangan Biarkan Rasa Riang, Gembira Dan Bahagia Anda TERJEJAS Disebabkan Masalah Dokumen Nak Memohon Kebanaran Nikah Drai PAID Atau Jabatan Agama Islam

 Cik/Tuan yang saya hormati,

Setelah saya menguruskan Kursus Kahwin atau Kursus Perkahwinan sejak lebih 7 tahun yang lalu di mana saya telah membantu lebih dari 20,000 orang bakal pengantin, saya amat memahami apa yang bermain-main di minda bakal pengantin dan apakah kesusahan yang bakal dilalui mereka.

Saya telah lihat begitu ramai antara mereka yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan berasa tertekan, risau atau bingung kerana tidak tahu perkara apakah yang mereka perlu lakukan terlebih dahulu untuk memudahkan urusan perkahwinan mereka ini.

Keadaan bertambah buruk bila bakal pengantin ini mengambil sikap sambil lewa, suka bertangguh, buat persediaan “last minit” atau menganggap perkara ini perkara yang remeh sahaja.

Disebabkan inilah, saya terpanggil untuk menghulurkan bantuan untuk meringankan beban masalah persediaan perkahwinan ini sekadar yang termampu melalui penganjuran kursus kahwin dan beberapa panduan terutama tentang – proses melengkap dokumen-dokumen dan proses memohon kebenaran nikah dari Imam Jurunikah kariah (atau Penolong Pendaftar Nikah kariah), PAID dan Jabatan Agama Islam.

Buat pengetahuan anda, selain dari wang, MASALAH UTAMA bakal pengantin membuat persediaan majlis perkahwinan adalah untuk melengkapkan borang serta dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk kebenaran berkahwin.

Tahukah anda yang dengan memulakan langkah anda dengan sertai kursus kahwin – anda telah pun bermula dengan cara yang pantas untuk mendapat kebenaran nikah anda!

Dan tahukah anda apa KELEBIHAN-KELEBIHAN yang anda bakal perolehi apabila anda join Kursus Kahwin Danau Kota?

  1. Pusat Kursus Kahwin kami terletak di tempat yang strategik di Uptown Danau Kota, mudah dikunjungi, senang nak dicari, mudah nampak dan banyak kemudahannya disekelilingnya seperti stesen Shell, stesen Petronas, ATM Maybank, ATM CIMB, car wash, kedai serbeneka Speedmart, kedai makan, kedai mamak, bengkel kereta dan berbagai-bagai lagi.
Shell
Petronas
ATM Maybank dan CIMB
Speedmart
Kedai Mamak Al Malek
Medan Selera Danau Kota
Car Wash

2. Sijil kursus kahwin yang anda perlukan untuk memohon kebenaran nikah tersedia untuk anda selepas 3 hari bekerja sahaja (anda boleh datang ambil sendiri, wakil tolong ambil ataupun gunakan khidmat courier yang kami sediakan).

sijil kursus kahwin

3. Anda akan mendapat Sijil Kursus Kahwin yang diiktiraf oleh pihak JAWI dan pihak JAKIM.

4. Sijil Kursus Kahwin ini boleh digunakan untuk memohon kebenaran nikah anda di mana-mana negeri di seluruh Malaysia (SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana PAID di seluruh Malaysia).

5. Sijil Kursus Kahwin ini TIADA EXPIRY DATE. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang tarikh luput Sijil Kursus Kahwin. Ini bermakna anda juga boleh sertai kursus kahwin ini walaupun anda masih bujang, solo atau masih belum tarikh tarikh nikah.

6. Penceramah kami penceramah yang BERTAULIAH dari JAWI atau JAKIM yang akan bantu anda dalam memberikan panduan, tunjuk ajar dan penerangan – bagaimana anda boleh melengkapkan permohonan kebenaran nikah anda dan pasangan. Jadi, usah risau-risau atau pening kepala dalam proses melengkapkan permohonan kebenaran nikah anda.

kursus kahwin setapak

7. Amat mudah mendapatkan pengangkutan awam seperti bas dan taxi jika anda malas nak memandu.

8. Ruang tempat kursus perkahwinan yang luas, selesa, pencahayaan yang baik, audio visual yang baik, nyaman serta berhawa dingin. Seat disediakan dengan penjarakan 1 meter untuk mematuhi SOP MKN, KKM dan JAWI.

kursus kahwin kl

9. Ada 3 kali makan-makan sepanjang waktu kursus kahwin berlangsung. 

kursus kahwin Danau Kota

11. Ruang rehat para peserta yang luas, santai dan relax di lobi kami yang luas.

12. Ruang parking yang luas di sekeliling di pusat kursus kahwin Danau Kota kami ini.

13. Dan staff kaunter kami yang sudi membantu anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.

kursus kahwin Kuala Lumpur

Bilakah Anda Boleh Ikuti Kursus Kahwin di Pusat Kursus Kahwin Danau Kota Kami ini?

Anda boleh sertai kursus kahwin di Kursus Kahwin Danau Kota ini pada setiap hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad).

Nota – pada waktu PKP/PKPB/PKPP, kursus kahwin hari bekerja (Rabu dan Khamis) masih belum dibenarkan.

Sila lihat jadual penuh kami ini:

Waktu Dan Tarikh Kursus Kahwin 2021

Jadual Hujung Minggu – Setiap Sabtu & Ahad (Setiap Minggu, Setiap Bulan)

Jadual Bulan Mei 2021

Jadual Bulan Jun 2021

Jadual Bulan Julai 2021

Nota: Selalunya tempat duduk cepat penuh.

Oleh itu, nasihat kami – ‘buat booking lebih awal’.

 

Waktu kursus:

Sabtu & Ahad (1 hari setengah sahaja):

Hari 1 (Sabtu)

8.00 – 8.50 pagi – check in melalui apps MySejahtera, ambil file dan buku, dan sarapan (sarapan disediakan)

9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 6.30 petang (rehat 1-2 tengahari, makan tengahari disediakan)

__________________

Hari 2 (Ahad)

8.30 pagi – kursus kahwin bermula (makan pagi 10-10.30 pagi)

 2 petang – kursus kahwin tamat.

Kursus Kahwin Hari Bekerja (Rabu & Khamis) belum dibenarkan oleh JAWI

Kami akan maklumkan anda sekiranya ada perubahan dan ada makluman dari JAWI nanti tentang kursus kahwin hari bekerja nanti.

Di Mana Lokasi Penganjuran Kursus Kahwin Danau Kota?

Kursus kahwin Danau Kota terletak hanya 2-3 minit sahaja jaraknya dari Shopping Kompleks Setapak Sentral (dulu dipanggil KL Festival City).

Ianya terletak betul-betul di tapak Uptown Danau Kota dan dewan ceramah berada di tingkat 1 Bangunan Medan Selera Danau Kota.

Ianya juga bersebelahan dengan Shell dan Petronas Danau Kota. Dari Shell, anda akan nampak banner kursus kahwin Danau Kota berwarna merah. Mudah nampak dan senang dicari.

Lokasinya boleh dicari dengan mudah di Google Maps dan WAZE dengan hanya menaip “Kursus Kahwin Danau Kota”.

Alamat penuh:

Pusat Kursus Kahwin Danau Kota www.KursusKahwin.net
33-1 Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur 
Kordinat GPS: 3°12’35” N 101°43’9″ E

Peta lokasi Pusat Kursus Kahwin Danau Kota

Bangunan Medan Selera Danau Kota dan banner merah kami
Hanya di tepi bangunan Stesen Shell Danau Kota
Tangga untuk naik ke tingkat 1 ke Pusat Kursus Kahwin Danau Kota kami
Pintu depan atau pintu masuk ke Pusat Kursus Kahwin kami

Apa Kata Bekas Peserta-Peserta Kursus Perkahwinan Kami Yang Terdahulu?

Lihat, apa kata peserta-peserta kami yang terdahulu.

Copyrights © www.KursusKahwin.net 2013. All Rights Reserved 

Permit penganjuran JAWI – MYD Solution 200903030813 (001829252-W)

DISCLAIMER

We make every effort to ensure that we accurately represent these products and services and their potential for income. Earning and Income statements made by our company and its customers are estimates of what we think you can possibly earn. There is no guarantee that you will make these levels of income and you accept the risk that the earnings and income statements differ by individual.

As with any business, your results may vary, and will be based on your individual capacity, business experience, expertise, and level of desire. There are no guarantees concerning the level of success you may experience. The testimonials and examples used are exceptional results, which do not apply to the average purchaser, and are not intended to represent or guarantee that anyone will achieve the same or similar results. Each individual’s success depends on his or her background, dedication, desire and motivation.

There is no assurance that examples of past earnings can be duplicated in the future. We cannot guarantee your future results and/or success. There are some unknown risks in business and on the internet that we cannot foresee which can reduce results. We are not responsible for your actions.

The use of our information, products and services should be based on your own due diligence and you agree that our company is not liable for any success or failure of your business that is directly or indirectly related to the purchase and use of our information, products and services.

Shares

Booking semudah WHATSAPP. Boleh BOOKING DULU; BAYAR YURAN WAKTU HADIR kursus kahwin nanti.

X